Zulhelmi Shaari

Perspektif | Konteks | Refleksi

6 Pesanan Keramat Untuk Hidup Lebih Bermakna

Sedar atau tidak, setiap dari kita diberi masa untuk merasai nikmat hidup di dunia yang sementara ini. Hakikatnya, perjalanan hidup kita adalah unik dan tersendiri . Amat mustahil untuk merasai semua pengalaman yang wujud untuk waktu hidup yang sangat singkat. Tetapi ia tak bermaksud kita tak boleh belajar dari pengalaman orang lain dan mengambil manfaat daripadanya.

Hidup hanya sekali. Betul tak?

Let’s make it counts!.

Pesanan #1: Do what you love. Love what you do.

Pernah dengar tak orang kata “The World is Getting Flat”? Berita tak baik dan berita baik untuk anda. Berita tak baik, apa yang menyebabkan dunia menjadi flat ialah kewujudan teknologi automasi. Sekarang pun kebanyakan kerja-kerja rutin dan boring telah diambil alih oleh komputer dan robot. Tapi berita baiknya, segala kerja yang memerlukan kreativiti, bakat, passion dan imaginasi takkan boleh diautomasikan dan dioutsource! Senang cerita, kerja-kerja yang hanya boleh dilakukan oleh mereka yang do what they love. Merekalah yang dikelaskan sebagai golongan “Untouchables“. Err… Siapa pulak depa ni?

#1; mereka yang sangat Special. Contohnya; Mokhtar Dahari dan Sudirman. Bakat dan passion mereka berdua mustahil untuk diautomasikan.

#2; mereka yang Specialized dalam bidang tersendiri. Contohnya, pakar bedah otak, pakar bius, designer, dan pakar psychology.

#3, dan yang ini bakal melibatkan kita semua, mereka yang Adaptable. Mereka yang menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan peredaran zaman.

Do What You Love, Love What You Do. -Wayne W. Dyer-

Apabila anda menjadi salah satu daripada golongan Special, Specialized atau Adaptable; anda akan rasa enjoy untuk memberi lebih dari yang diminta, bahagia untuk menambah nilai terhadap kerja dan yang paling penting tidak ada satu robot atau komputer kat dunia ni yang boleh ambil kerja-kerja tersebut daripada anda! Inilah kuasa sebenar apabila anda love what you do!

Mulai sekarang, tak kira apa pun yang anda ingin lakukan, usah hanya ikut “cakap kepala” anda, dengar juga kata hati anda. Buatlah apa yang anda sukai. Jika masih belum dapat, teruskan mencari. Kerana apabila anda menjumpainya disitulah terletaknya sumber kuasa dan kekuatan anda yang tak terkalah.

Pesanan #2: Kunci hidup diberi kepada pendengar dengan baik.

Dewasa ini, kemahiran mendengar yang baik adalah satu skillset yang kurang dihargai. Tahukah anda, mendengar adalah salah satu daripada tanda hormat yang universal? Walaupun mendengar dengan baik penting, tetapi apa yang lebih bermakna ialah apa yang keluar dari mulut anda selepas proses mendengar tadi tamat. Jadi jangan terkejut bila situasi yang tegang menjadi “reda” selepas mendengar ungkapan “saya setuju dengan anda” atau “saya setuju untuk tak bersetuju”. Sebenarnya, orang di sekeliling anda dahagakan perhatian. Apabila anda memberi perhatian kepada mereka, peluang untuk mereka mendengar suara anda adalah cerah. Senang cerita, kurangkan bercakap, lebihkan mendengar. Anda bakal terkejut dengan apa yang anda boleh pelajari.

Pesanan #3: Kebolehan belajar bagaimana untuk belajar.

Salah satu kemahiran yang boleh mebuatkan anda “bertahan lama” di tempat kerja ialah kesanggupan anda untuk belajar bagaimana untuk belajar sesuatu yang baru. Setuju atau tidak, apa yang berguna hari ini belum tentu akan kekal relevan pada 5-10 tahun akan datang? Tahukah anda menaip merupakan salah satu kemahiran yang penting untuk mendapatkan tawaran kerja pada suatu ketika dulu? Cuba tanya budak-budak muda zaman sekarang, berapa ramai yang kenal typewriter? Kebolehan untuk belajar dan terus belajar membuatkan anda kekal relevan dan indispensable. Tapi macam mana nak belajar dan terus belajar? Simple.  Anda mestilah rasa seronok untuk belajar. Bersediakah anda untuk menghadapi era disruptive innovation yang semakin menggila?

Pesanan #4: Fokus kepada keupayaan diri bukan pada gadgets yang anda mampu beli.

Usah biarkan diri anda terperangkap dengan marketing gimmicks daripada syarikat-syarikat teknologi gergasi.  Kecanggihan teknologi mungkin boleh menampakkan anda “kelihatan” extra serba-serbi berbanding mereka yang “kurang mampu”. Tapi, boleh ke kreativiti, semangat, imaginasi dan passion didownload? Padahal, kesemua perkara inilah yang membuatkan anda menjadi Untouchables (rujuk pesanan #1). Sebaliknya, andalah yang bertanggungjawab untuk upload diri anda dengan cara old-fashioned – membaca, menulis, mengira, mengembara, belajar, berfikir dan berinteraksi sesama manusia. Ringkaskan tools anda. Fokus tenaga anda kepada mendengar, menulis dan kebolehan menyelesaikan masalah – bukan pada gadgets. Bacaan lebih lanjut di sini.  http://zulhelmishaari.com/blog/fokus-putus-ringkas-kan/

Pesanan #5: Beza antara skepticism dan cynicism.

Skepticism berpaksi pada rasa ingin tahu, bertanya soalan, meragui, berhati-hati supaya tak ditipu tetapi pada masa yang sama sentiasa open terhadap perkara baru mahupun perspektif baru. Yes. Critical thinking in action.

Cynicism pula antithesis kepada Skepticism. Cynicism ialah perangai yang menunjukkan tabiat serba serbi tahu, ataupun “kononnya tahu”. Mereka ada jawapan terhadap semua perkara. Betul atau salah tak penting.  Contoh ayat skeptics “saya tak rasa itu betul, tapi saya akan double check nanti”. Cynics pula “Aku gerenti ko takkan rugi!” “Aku taulah aku dah lama buat benda ni!”. Perhatikan kata-kata yang keluar dari mulut anda. Anda cenderung ke arah skeptics atau cynics?

Senang cerita, kurangkan bercakap, lebihkan mendengar. Anda bakal terkejut dengan apa yang anda boleh pelajari.

Pesanan #6: Dah call Papa?

Pesanan terakhir sangat mudah. Call makbapak anda. Ingatkah anda kepada pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370? Terlebih dahulu, Al-fatihah dan takziah kepada ahli keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17. Harapan terakhir mangsa ketika berdepan maut pastinya kesempatan untuk menyatakan the last goodbye dan i love you kepada yang tersayang. Tetapi adakah hajat mereka tertunai?

Anda tak perlu tunggu sampai saat hidup dan mati untuk call makbapak anda. Call mereka selalu. Call mereka sekarang. Gembirakan mereka. Sesungguhnya tiada apa lagi yang lebih agung dari kasih sayang ibubapa terhadap anaknya.

****************************************************************************************

Kisah CEO dan Cikgu

Semua tetamu sedang duduk di meja makan sambil berborak santai mengenai kehidupan. Seorang lelaki, berpangkat CEO “mengadu” mengenai isu-isu dengan sistem pendidikan. Kemudian dia bersuara, “Apa la yang budak-budak ni boleh belajar dari orang yang pilihan terbaik mereka ada – menjadi cikgu?. Betul la kata orang, yang boleh buat, buat; yang tak boleh buat, jadi cikgu!.” Lelaki tadi memandang tepat kepada seorang tetamu, “Sara, awak cikgu kan? Cakap betul-betul, apa yang awak buat sebenarnya?”

Sara dengan tenang menjawab, “Betul ke encik nak tahu apa yang saya buat sebenarnya?. Saya buat budak-budak berusaha bersungguh-sungguh. Saya buat budak-budak duduk “membatu” selama 40 minit dalam dewan perhimpunan. Yang dapat C+, saya boleh buat mereka rasa macam baru lepas menang pingat emas dan yang dapat A pula, macam baru lepas kena tampar jika saya tahu mereka tak buat yang terbaik.” Sara menyambung, “saya boleh buat makbapak menggigil bila saya telefon mereka atau buat mereka rasa macam menang satu juta bila saya beritahu anak-anak mereka menunjukkan peningkatan.” Sarah terus “menyerang”, “Seriously? Encik nak tahu apa yang saya buat sebenarnya?. Saya buat budak-budak bertanya, saya buat mereka mengkritik, saya buat mereka betul-betul minta maaf, saya buat mereka menulis, membaca, membaca dan membaca lagi.”

Sara berhenti dan clearkan tekaknya. “Saya buat mereka ni faham jika mereka “ada otak”, dengar juga cakap hati. Kalau ada siapa-siapa yang cuba-cuba nilaikan hidup mereka dengan wang ringgit, saya ajar mereka – usah pedulikan. Encik nak tahu apa yang saya buat? Saya make a difference. Encik pulak buat apa?”.

 

 

Making a difference . One step at a time.

Zulhelmi Shaari

 

[powr-comments id=136c5f0e_1515142086099]

 

Selamat Datang Krisis.

Adakah anda dalam krisis?

Mak aih! Direct betul soalan ni. Bila cakap pasal krisis, terus kita terbayang something yang dahsyat dan dramatic. Betul tak? Hakikatnya kebanyakan krisis yang kita lalui kita tak sedar pun. Sebab selalunya kita tak bagi perhatian yang sepatutnya kepada benda-benda yang boleh dikategorikan sebagai krisis.

Then macam mana kita nak tahu kita dalam krisis ke tak?

Cuba check soalan-soalan kat bawah ni. Adakah anda:

  • Rasa something important missing dalam hidup anda?  Adakah pleasure? Success? Relationship?
  • Nak ubah sesuatu dalam hidup anda tetapi anda tak tahu apa nak buat?
  • Rasa out of place/rasa bukan diri sendiri? Rasa stuck?
  • Cepat marah terhadap manusia di sekeliling anda?
  • Senang rasa “menyirap” terhadap perkara-perkara remeh?
  • Kehilangan sesuatu/seseorang?
  • Melalui perubahan yang tak disangka-sangka dalam masa yang terdekat? (samada bagus atau challenging) yang membuatkan anda rasa disoriented?
  • Selalu bersedih?
  • Sering rasa overwhelmed?
  • Lupa bila last time anda ingat mimpi anda?
  • Putus asa?
  • Buat macam-macam tapi semua “ke laut”?
  • Rasa susahnya nak imagine masa depan yang lebih cerah?
  • Nostalgia terhadap cerita-cerita lepas?

Berita baik untuk anda. Jika anda jawab SATU sahaja YA untuk soalan-soalan tadi, kemungkinan besar anda sedang dilanda krisis.

Seriously?  Yup, sebab krisis boleh jadi tempat terbaik untuk kita start over for a better life.

Krisis menandakan masanya sudah tiba untuk memulakan hidup baru.

Biar betul?

Hakikatnya, kita sedang mengalami krisis dengan Our Old Life.

Apakah krisis?

Perkataan crisis dipinjam dari Greek Kuno yang bermaksud “to decide”Krisis memaksa kita untuk membuat keputusan. Krisis tidak boleh dielakkan dengan tidak membuat keputusan. Kerana tidak membuat keputusan juga adalah satu keputusan.

Macam mana nak Move Forward?

Ringkasnya, ada dua cara untuk kita move forward; Evolution dan Revolution.

Evolution

Evolution fokus kepada tindakan-tindakan kecil dan peningkatan yang berterusan dan konsisten. Jangan terkejut, hasilnya nanti akan jadi metamorphosis yang lengkap. Cara Evolution membuatkan our old self  menjadi obsolete. Kesudahannya, kita takkan sama dengan diri kita yang “original” kerana kita sudah evolved. Kita sudah menjadi better version of ourself. Contohnya, bayi dalam kandungan akan mati jika ia tidak dilahirkan kerana pembesarannya tidak akan mampu ditanggung oleh ibunya. Pastinya, challenges baru bakal menanti bayi yang lahir ke dunia ini nanti.

Revolution

Revolution, secara mudahnya adalah  kejutan.  Ia boleh “dipaksakan” kepada andaataupun anda sendiri adalah catalyst kepadanya. Revolution memaksa kita berdepan dengan situasi yang kita sendiri tidak bersedia untuk hadapi. Kaedah ini memerlukan kita dig deep ke dalam diri sendiri untuk survive. Akibatnya, kita akan make new demands kepada kawan-kawan dan keluarga terdekat kerana kita sendiri perlu respond terhadap unfamiliar challenges yang tak disangka-sangka. Pinjam kata-kata semangat dari Les Brown; Sometimes in life you have to fight back!

Sometimes in Life You Have to Fight Back! – Les Brown-

Selepas proses Revolution achieved, banyak kerja-kerja cleanup yang perlu dilakukan. Kerja-kerja pembersihan ini hasil daripada kombinasi emotional, financial, physical, intellectual and spiritual yang mana prosesnya boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali “suci”.

 

Kesimpulannya, kita tak boleh elak krisis daripada berlaku. Noktah. Krisis memaksa kita membuat keputusan terhadap perkara-perkara yang sudah lama overdue dalam hidup kita. Percaya atau tidak, krisis boleh membawa kepada positive transformations terbaik dalam hidup seandainya anda allow it. Apa yang kita boleh buat ialah melengkapkan diri dengan life skill untuk navigate through it. Selagi kita bernyawa selagi itulah krisis akan datang menyapa kita mengingatkan kita bahawa masa untuk berubah sudah tiba.

 

Embracing Crisis/Necessary Changes.

Zulhelmi Shaari

 

[powr-comments id=7f0566ee_1514167661114]

 

Takut Berjaya

Seriously?

Takut dengan success?

Bagi kebanyakan orang, menjadi success adalah cita-cita dan matlamat hidup yang ingin dicapai. Tak sangka ada pulak yang takut dengan kejayaan? Pelik tapi benar. Sedar atau tidak, memang wujud orang yang takut untuk berjaya. Ketakutan inilah sebenarnya yang menghalang mereka daripada mencapai kejayaan yang lebih besar! Secara logik, kita lebih takut untuk gagal daripada takut berjaya. Betul tak?

Entah ye ke tak tu 🙂

Telusuri senarai berikut, mana tau ada yang “kena ke batang hidung sendiri”.

 

1. Nak berubah? Takutnya!

Adalah lebih mudah untuk “kekal dalam zon selesa” tanpa banyak fikir daripada berubah kepada sesuatu yang kita sendiri tak tau apa jadi kat hujungnya nanti kan? Bila dah biasa hidup dalam mode auto-pilot, adakah kita bersedia untuk menjadi pilot untuk hidup kita sendiri?

2. Orang expect kita berjaya sampai bila-bila.

Sekarang ada pressure untuk anda lebih berjaya ke tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Kenapa? Sebab sekarang ada orang sekeliling yang memerhatikan anda dan mengharap anda berjaya dan terus berjaya. Pressure? What Pressure?

3. Score ukuran kejayaan anda “berbeza”.

Kalau orang lain 85 markah je dah dapat A, untuk anda 100 markah belum tentu dapat A! Semua proses dan rutin yang lama dah tak boleh “pakai” lagi. Omputeh kata “The only constant is Change”.  Cabaran untuk anda ialah menjadikan “benda baru” sebagai rutin harian dan “selesa” dengan keadaan tersebut.

4. Mendapat perhatian extra daripada orang ramai.

Adakah anda orang yang mementingkan privacy dan tak biasa dengan ramai orang? Anda perlukan masa untuk biasakan diri. Itu je!

5. Kehidupan peribadi anda kini tinggal sejarah

Ramai atlit dan pelakon terkenal dunia complaint hidup mereka sudah tidak lagi “peribadi”.  Sekarang mereka terpaksa hire security kerana risaukan financial and personal safety issues mereka.

6. Boleh ke aku berjaya lagi sekali?

Mungkin anda ada terfikir kejayaan anda yang lampau adalah hanya “kebetulan” dan apabila anda mencuba sesuatu yang baru dan gagal, orang akan kata “dulu anda berjaya sebab nasib”. Pemikiran semacam ini hanya memberi unnecessary pressure  kepada diri anda sendiri. Buang jauh-jauh cara fikir macam ni.

7. Tak pernah cukup masa

Masa amat mencemburui anda! Anda hanya ada 24 jam sehari untuk “pening” dengan projek-projek baru yang hadir dengan “demand-demand” baru disamping “mengekalkan” kejayaan yang sedia ada. Good luck on that bro!

8. Memenuhi expectation orang terhadap kita

Biasalah kalau masyarakat expect selebriti untuk sign autograph dan bagi tips besar. Memang cari nahas lah kalau kita tak ikut! Percaya atau tidak masyarakat ada set of expectations bagaimana selebriti-selebriti ini should behave towards them! #dontcrackunderpeopleexpectations

9. Mengekalkan kejayaan itu lebih perit dan getir cabarannya!

Untuk mencapai kejayaan adalah susah, tetapi untuk mengekalkannya sebenarnya adalah lebih payah! Ia memerlukan lebih banyak masa, perancangan yang lebih teliti dan fokus yang tidak berbelah bahagi.

10. Lagi hebat kejayaan anda, lagi banyak haters anda.

Banyak orang akan gembira dengan kejayaan anda. Tetapi tak kurang banyak juga yang iri hati dengan kejayaan anda. Bersedialah. Welcome to the Club, macam Irfan Khairi kata.

11. Sisi negatif kejayaan lampau anda

Ini banyak terjadi kepada selebriti filem dan penyanyi. Apabila mereka pernah hits dalam filem atau nyayian, mereka akan lebih dikenali dengan role/hits yang lama berbanding dengan projek mereka yang terkini. Anda kini adalah “your own worst enemy“.

12. Imej anda setelah berjaya

Mungkin kita selalu berangapan tentang “boleh ke aku berjaya?”. Kadang-kadang kita rasa kita tak layak untuk berjaya. Orang sekeliling kita samada secara “terang” atau tidak mengatakan kita “tak layak” untuk berjaya. Paling tidak pun kita rasa yang kita ni “biasa-biasa” je. Tetapi bila anda telah berjaya, orang akan cari kita untuk diberi nasihat, diberi panduan dan diberi galakan. Sekarang anda adalah model kepada masyarakat dan cara anda melihat diri anda juga turut berubah.

 

Takut gagal atau takut berjaya?

Tepuk dada tanya selera.

 

[powr-comments id=978b799b_1499151689350]

Pesona Warna

Ada apa dengan Warna?

Warna adalah cara yang berkesan menyampaikan mesej untuk mewakili brand anda.

Warna brand adalah elemen visual terpenting yang melambangkan identiti anda.

Orang ingat warna sebab ia “bermain” terus dengan perasaan.

Pilihan warna yang baik memudahkan personaliti dan brand anda “melekat” dalam minda orang lain.

 

Biru: Kecerdasan, Kebijaksanaan, Integriti, Kepimpinan, Autoriti, Kebenaran, Sejahtera, Kesetiaan, Kebolehpercayaan, Keyakinan, Harapan, Jelas, Komunikasi, Imaginasi, TenangTeal: Tenang, Membina Keyakinan, Empati, Ketenangan, Kebijaksanaan

Kuning: Sinar Matahari, Kegembiraan, Kehangatan, Kebahagiaan, Akal, Amaran, Hati-hati, Wawasan, Kreativiti, Bercahaya, Motivasi Diri, Kemerdekaan

Pic: Menghilangkan tekanan dan ketegangan, Melembutkan yang keras, Membawa kelembutan

Oren: Tenaga, Keyakinan, Semangat, Keghairahan, Keazaman, Dorongan, Kelakar, Tidak rasmi, Kejayaan, Persaingan, Kekuasaan, Produktiviti, Kekuatan, Ketahanan Daya Hidup.

Merah: Kuasa, Perhatian, Sayang, Aktiviti, Potensi, Tenaga, Keinginan, Tindakan, Keghairahan, Keazaman, Keberanian, Daya Tahan, Motivasi, Playfulness, Semangat

Merah Jambu: Sayang, Kehangatan, Persahabatan, Anak-anak, Kewanitaan, Kelembutan

Ungu: Diraja, Kerohanian, Mistik, Ilham, Kekayaan, Gerak hati, Misteri, Silap mata, Maruah, Kemewahan, Cita-cita, Kuasa peribadi, Kejelasan Mental

Perang: Kukuh, Mendalam, Tanah, Hubungan dengan Alam, Teratur, Kosong, Tidak Mewah

Hitam: Melindungi, Kuat, Mewah, Libur

Emas: Kekayaan, Kemasyhuran, Membuat keputusan dengan jelas, Pengetahuan, Suria

Gangsa: Inspirasi kekuatan, Kebijaksanaan, Kekayaan, Menarik orang yang betul dalam bisnes

Perak: Misteri, Gerak hati, Sejahtera, Bulan

Kelabu: Elegan, Klasik, Berkecuali, Mantap

Putih: Suci, Bersih, Kerohanian, Keterbukaan, Kebenaran, Refinement

 

Nak Gunakan Warna kat Mana?

Gunakan warna brand anda secara konsisten. Lebih mudah orang kenal dan ingat.

Contoh:

  • Bisnes Kad
  • Cawan Kopi/Hadiah
  • Folder Fail
  • Alat Tulis
  • Pakaian Rasmi

 

Have A Nice Day!

ZulhelmiShaari.com

[powr-comments id=8526dd18_1497320134026]

 

 

 

Perniagaan Internet Kuasa 3

Apakah perniagan internet kuasa 3?

Secara ringkasnya, perniagaan internet yang mengaplikasikan 3 platform berbeza untuk memasarkan produk dan servis secara online.

Platform Online Perniagaan Internet

1- Website

2- Blog

3- Facebook (Media Sosial)

Website

Website bolehlah diibaratkan seperti kedai online perniagaan kita. Di dalam website kita boleh “susun atur” produk dan dan servis yang kita tawarkan kepada bakal pelanggan. Website yang bagus mestilah mempunyai sistem untuk merekod data-data pelawat (baca bakal pelanggan). Penggunaan gambar-gambar menarik dan ayat-ayat yang menjentik emosi akan mempercepatkan pembelian pelawat di kedai online kita. Pengiklanan  berbayar melalui Google AdWords  boleh juga dipertimbangkan bergantung kepada berapa banyak marketing cost yang kita sanggup leburkan.

Blog

Apakah persamaan diantara mereka yang tersenarai di sini? https://www.incomediary.com/top-20-bloggers. Yup. betul. Mereka semua bermula sebagai seorang blogger. Blog atau nama asalnya Weblog adalah tempat di mana kita mempromosikan servis dan produk kita kepada pengguna. Gaya bahasa yang santai sesuai untuk menarik bakal pelanggan ke kedai online kita (baca website). Banyak tips dan informasi boleh dikongsikan di blog anda. Penjualan secara softselling adalah perlu supaya pengunjung blog anda tidak bosan dengan penulisan anda. Di Malaysia juga kita ada celebrity yang dahulunya bermula sebagai blogger. http://intrend.com.my/personaliti/temu-bual-eksklusif/vivy-yusof-mogul-bisnes-fashionvalet

Facebook

Sejujurnya, facebook hanyalah salah satu daripada platform media sosial. Banyak lagi platform yang boleh digunakan seperti youtube, twitter, snapchat, Instagram dan sebagainya. Lebih daripada 50% rakyat Malaysia adalah pengguna facebook. Pemilik bisnes menggunakan media sosial facebook untuk membina hubungan melaui online positioning. Daripada sini, pemilik bisnes membina personal branding yang spesifik kepada niche yang mereka tentukan.

Semoga bermanfaat

Zulhelmi Shaari

 

[powr-comments id=ebd608c9_1489642344161]

X-tra Strength Little Trees Malaysia Catalog

[powr-comments id=d07c3fb5_1483944477085]

Fokus = (Putus + Ringkas) kan

“Putuskan hubungan” dengan unnecessary distractions.

  1. Atur masa untuk disconnect dari emel, fb, ig, twitter. Disiplinkan diri dari “melekat” dengan gadgets 24 jam.
  2. Cari solitude. Fokus untuk mendengar “suara-suara” dari dalam diri. Introspektif.
  3. Unplugging. Berhenti berWIFI. Cabut kabel internet dari komputer anda.
  4. Tukar “angin”. Berkelana ke tempat baru. Jauh perjalanan luas pandangan.

Ringkaskan memori otak anda daripada perkara-perkara yang “menyemakkan”. Minimalis.

  1. “Tapis” setiap thoughts anda. Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang hanya boleh dikawal sahaja. Cabut oksigen untuk perkara negatif.
  2. Susun atur minda anda. Eat The Frog – selesaikan perkara yang rumit dahulu. Kemudian, bezakan antara urgent dan important.

 

Disconnect to Reconnect

Zulhelmishaari.com

 

[powr-comments id=9cc563fd_1481631480178]

 

Peta Minda Hidup Anda

“Weyh, ko buat apa tu, orang sibuk ambil nota, kau sibuk conteng-conteng tak tentu arah.” tegur Alia kepada Aisy. “Aku tengah buat peta minda la, jangan kacau boleh tak?”, jawab Aisy dengan selamba.

Teknik Peta Minda adalah teknik memorization yang sudah wujud sejak tahun 1960an dan diasaskan oleh Tony Buzan. Secara ringkasnya, Ia adalah satu teknik mengambil nota dalam bentuk grafik yang berwarna-warni. Bermula dengan central idea di tengah-tengah, ia kemudian berkembang kepada dahan dan ranting yang berhubung terus kepada central idea.  Peta Minda menggalakkan pemikiran kita berfikir secara outwards. Hasilnya, pemikiran kita menjadi lebih kreatif dan idea anda akan berkembang dengan lebih pesat.

mind-map

Apabila anda menggunakan Peta Minda secara konsisten, anda akan menjadi lebih produktif terhadap apa pun yang anda lakukan. Peta Minda boleh digunakan dalam setiap aspek hidup anda contohnya perancangan kewangan tahun hadapan, perancangan kerjaya dan bermacam-macam lagi. Potensi otak anda akan diteroka tanpa batasan dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi anda berkali ganda.

Cubalah!

 

Mind Map for All

Zulhelmi Shaari

 

[powr-comments id=c9f9c6f2_1481344062731]

Projek Potpourri

Potpourri adalah sejenis wangian yang diperbuat daripada campuran bahan-bahan yang secara semulajadinya wangi. Ia boleh digunakan sebagai dekorasi ruangan untuk memberikan haruman yang lembut dan menyegarkan. Potpourri boleh didapati dalam uncang kain yang menarik dan beg plastik untuk belian ekonomi. Sekarang anda boleh buat sendiri potpourri anda di rumah!

 

Peminat potpourri.

Zulhelmi Shaari

[powr-comments id=7a3da7ec_1481271626831]

Mulakan 20 Perkara ini Dalam Hubungan Anda Sekarang.

  • Bebaskan diri anda daripada Orang-orang yang NEGATIF
  • Kepada mereka yang sudah pergi, “lepaskanlah” mereka
  • Berikan peluang seadilnya kepada orang yang belum anda kenali
  • Hormati dan buatlah kebaikan kepada semua orang
  • Terimalah orang lain dengan seadanya
  • Dorong dan berilah semangat kepada orang lain
  • Terimalah diri anda seadanya dan jadilah diri sendiri
  • Maafkanlah orang lain dan bukalah lembaran baru untuk hidup anda
  • Membantu orang lain pada perkara yang kecil setiap hari
  • Perhatikan siapa kawan sebenar anda
  • Setia
  • Hargai mereka yang penting dalam hidup anda
  • Tunaikanlah janji dan bercakap benar
  • Banyakkan memberi/bersedekah
  • Maksudkan setiap perkara yang anda katakan
  • Berilah peluang kepada orang lain untuk membuat keputusan sendiri
  • Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap
  • Jauhkan dari berselisih faham tentang perkara-perkara remeh
  • Abaikan suara-suara sumbang
  • Jaga hubungan dengan diri sendiri

Semoga Bermanfaat

Zulhelmi Shaari

[powr-comments id=c12779a6_1481249386632]

« Older posts

© 2019 Zulhelmi Shaari

Theme by Anders NorenUp ↑